Sunday 2 August 2009

Ikut Suka Aku...ISA


Baca dan nilai sendiri...ni aku punya pandangan...


Tarikh 1 Ogos 2009...akan terpahat rakyat Msia yg gila2 suka2 buat kerja ikut suka aku...buat perhimpunan aman kononnyer...yg tak de permit..sekali lagi KL diselubungi asap gas pemedih mata utk menyurai org yang buat ikut suka...aku tengok..90% org melayu jer...apa nak jadi ngan melayu mcm ni..


Aku tak tau lak apasal nak buat 1 ogos...pasai pa tak buat 1 Jan ka...1 feb ka...yg aku tau..semua tu hanya nak elak mcm2 berita pasai depa sebelum ni...dia pergunakan kan melayu yg bodo balol ni buat semua..apa yang melayu2 tu dapat aku tak la...depa tak pikiaq kut..yg kuasa melayu sekarang dah berkurang...

Aku pikir, apa yang dikehendaki oleh orang Cina, India dan Pas ketika ini ialah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar. Bukannya keadilan dan demokrasi yg sering dikatakan depa tuuu. Apakah sebenarnya cita-cita orang Cina dan India - khususnya DAP yang disokong kuat oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)?


Malah mereka turut mendapat sokongan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar sendiri. Kumpulan ini berdemonstrasi dan memekik-mekik menuntut 'hak, keadilan dan demokrasi'.

Berpuluh-puluh tahun Anwar memegang kuasa besar dan menjalani kehidupan amat mewah dan berpengaruh dalam BN. Ketika itu tidak pernah pun beliau mempersoalkan hak, keadilan dan demokrasi.


Bagi aku..sejak si Mamat ni keluaq ISA...negara dah jadi tak berapa aman...ade jer la kerja2 nya yg boleh meguasai emosi rakyat..bagi aku juga..org yg p perhimpunan tu mmg bodo la...wlpun aku tau depa2 tu org terpelajar..profesional...ikut la si mamat ni yg konon nak buat reformasi keadilan..

Saksikan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Hak Istimewa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru pun tidak akan ada lagi. Strategi yang mereka pergunakan sekarang sudah nyata berjaya.


Terus menyemarakkan isu rasis untuk menimbulkan "kemarahan dan kebencian" rakyat kepada apa juga kuasa yang ada kepada orang Melayu, termasuk kuasa mahkamah, polis dan tentera dan kuasa Raja-Raja Melayu.



Oleh itu, apa pun yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan BN sukar sekali mengatasi "kemarahan dan kebencian" yang terus mereka bakar setiap hari. Mereka menggunakan kesempatan daripada apa juga isu, termasuk isu orang mati.


Anehnya ramai juga orang Melayu-Islam yang ikut benci kepada kuasa bangsa sendiri. Bangsa Melayu sudah menjadi bangsa yang tolol dan bacul. Dan "orang yang bacul, akan mati sebelum mati".



Bagi aku ISA ni ada perlunya (baca dulu apa fungsi ISA tuuu)....yg aku heran buat pa depa nak buat perhimpunan...kalau nak serah patisyen ke..apa2 ke..p serah jer la..tak yah la berduyun2 ramai2...ni menyusahkan org lain...wlpun aku kat UK...aku boleh terasa mcm mana org yg p shoping...org berniaga..mmg rugi habis la satu hari tu...


ISA sekurang-kurangnya mampu mengekang anasir-anasir subversif yang mengancam keselamatan negara. Dari sudut peranan itu, tiada cacat-celanya ISA diamalkan di negara ini. Cuma barangkali pelaksanaannya sahaja yang boleh dipertingkatkan dan diperbaiki.


Org yng buat salah jer la yg takut ISA ni...kita kalau dah tak buat tak kan nak takut...! Aku tak tau la mamat ni tuntut apa...pada aku..dia pun banyak buat silap...aku ni..mana baik aku ikut.. mana yg aku fikir tak baik tolak tepi...


Pada aku..kerajaan sekarang ni pun dah banyak buat baik pada rakyat...fikirkan lah sendiri...kita jangan terlalu mengikut perasaan benci..hasutan org utk buat sesuatu keputusan..fikirkan lah pasal bangsa kita yg semakin hari semakin dikuasai org lain....


Aku mengharap kerajaan yang ada sekarang akan terus memerintah...aku memang tak akan percaya pakatan rakyat dapat menjaga hak orang melayu...fikirkan lah....ini negara kita..sapa yg tuntut merdeka..???sapa yg ramai terkorban menuntut merdeka...???


..sedih dan geram juga mengenangkan nasib org melayu islam sekarang...tidak bersatu!!!!..kerna politik gila2 kuasa...bukan utk keadilan..tapi utk kuasa...aku pun tak tahu apa yg diorg dapat menyokong org mcm anuar..lim kit siang tuu.....


aku harap lagi...PAS tu kluaq la Pakatan Rakyat ...berdiri sendiri wpun tak sokong BN...buat pa nak dok ngan org yg terang2 menolak islam...selama ni aku sokong jer PAS..tapi sejak mcm2 berlaku dlm Pakatan Rakyat..aku dah rasa lain mcm ngan PAS ni...PAS telah dipergunakan oleh DAP dan PKR...


Orang Melayu lebih banyak memberontak dan berlebihan-lebihan dalam melempiaskan emosi tanpa mempedulikan akibatnya kepada orang lain. Usahlah ditambahkan lagi kehinaan kepada bangsa Melayu yang sudah ketinggalan dalam serba-serbi berbanding bangsa-bangsa lain.


Cukuplah kita selama ini dilihat sebagai kaum yang lemah dalam menguasai ekonomi. Tidak mampu bersaing dalam banyak hal dan sering dinilai sebagai orang yang kalah.


Apakah kita mahu pula dilihat sebagai bangsa yang kurang ajar, pencetus kekacauan dan berbuat sesuka hati tanpa mengambil kira kesusahan orang lain? Paling memalukan apabila bangsa Melayu dilihat mudah dijadikan kuda tunggangan oleh pihak tertentu yang jelas mempunyai agenda lain.


Orang Melayu diperalat dalam mencapai matlamat bermotifkan politik bukan oleh bangsa lain, tetapi oleh bangsanya sendiri. Kita mungkin tidak sedar bahawa bangsa lain ketika ini sedang bersorak menyaksikan perpecahan Melayu di dalam UMNO, PKR dan Pas.

Sepatutnya Melayu perlu bersatu bukan pada batas parti politik perkauman tetapi pada istilah kaum Melayu itu sendiri. Malangnya kita berpecah dan berkonflik sesama sendiri.

Seharusnya mereka lebih mengetahui bahawa berdemonstrasi dan menimbulkan kekacauan kepada awam itu dilarang oleh Islam. Ia juga meninggalkan kesan yang buruk kepada agama yang mereka anuti itu sendiri.

Tidak cukupkah Islam dipandang sebagai agama keganasan oleh Barat kerana perbuatan melampau penganutnya di negara-negara lain? Di mana asasnya kutukan kita kepada sentimen kebencian kepada Islam itu sedangkan kita sendiri sebagai orang Islam, berbangsa Melayu mempertontonkan sikap serupa?

Fikir-fikirkan lah....

sorrylah yer aku mmg terang2 tolak cara PKR n DAP ni...

2 comments:

  1. ni la namanya Melayu tak sedar diuntung..kot duduk kt kt negara br tau betapa pentingnyer kaum sebangsa seagama sepakat...

    ANWAR ni kan dikatakan ada pakatan ngan xionis..
    sembunyi dr 'kealiman' yang dibuat2...kelebihannhyer adalah pandai berkata2..
    org Melayu ni suker sgt terpengaruh dgn kata2 org yg pandai bercakap..belajar tinggi2 , ilmu penuh didada, bertudung litup dan berserban..tapi akai letak kt kaki...

    orang2 camni lupa betapa susahnyer tok nenek kiter perjuangkan nak dptkan kemerdekaan dan perjuangkan Melayu dari ditindas oleh penjajah..dan macam mana peristiwa 13 Mei dulu meragut ramai org mati akibat pergaduhan org Melayu n Cina..

    agaknyer nak kene 13 MEI skali lagi baru nak sedar diri....

    ReplyDelete
  2. kita jgn dok ikut mcm depa dah laaa...kita lihat, dengar...kalau baik kita ikut..yg buruk tu tolak tepi..

    ReplyDelete