Friday 18 September 2009

Last day in UK...

Sedih bercampur gembira
sedih nak tinggalkan uk ni
gembira nak balik Msia...time nak raya plak
wei...gembiranya..

Barang2 dah ready
menunggu teksi tiba jam 6ptg
Flight jam 1030mlam..

Anak2 pun tak sabaq nak balik..
terutama kakak la..
Idlan n Iqmal masih blur lagi..
apapun dia tau, hari ni nak balik Mesia

Aku pikir
barang aku ni dah lebih2 dari masa dtg dulu
...barang org punye jer 1 beg besar.
aku punya barang 2 beg besar, 3 beg kecik
semua ada 6 beg..100kg..

Bisness class..dia bagi 25 kilo 1 org
5 org...maknanya 125kg..
ada lagi 25 kg ni...hihihi
..dah la...dah banyak niiiii...
tak larat dah nak pikul

Monday 14 September 2009

LONDON..140909

Tiba2 jer aku terpikir nak p London..
Bukan jln2..tapi p beli T-shirt jer
hihhihi...

pegi sorang jer..
p ramai2..jadi lambat plak
lagipun..wife aku esoknyer ada viva projek dia
..so, dia kena study kat umah...
n jaga anak2 aku yg 'baik2' tu..

p cari t-shirt london
3 £10 jer...habis gak £60..
..beli pasai org kirim jer..

alang2 nak beli...
aku rembat juga la juga t-shirt
Hard Rock Cafe London..
mgkin tak dapt dah pas niiii..


kan senang nak sampai london ni oooiii...

Sunday 13 September 2009

Farm Ville

Memang menyeronokkan..
tapi rasanya..bila lama2 boring gak



Sejak minggu ni
aku mcm ketagih plak nak main frm ville ni
dlm laman facebook..
dah lama dah aku tau benda ni
tapi baru skarang join ..

orang lain dah berekar2 dah farm diaorg..
bukan aku saja..
wife aku, anak aku n adik beradik akupun
join gak main farmville ni..


kalau sapa nak try main..cuba lah
pasti seronok..n
tak sabar utk tunggu hasilnya
hihihi...

Wednesday 9 September 2009

Kapal selam...


3 Sept. 09...mgkin hari bersejarah bagi Msia
kapal selam pertama KD Tunku Abbdul Rahman (TAR)
selamat sampai di Jeti Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor




KD TAR antara dua kapal selam jenis Scorpene yang
ditempah kerajaan untuk memperkukuhkan Tentera
Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin,
mahu kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman
(KD TAR) yang juga aset berteknologi tinggi negara dijaga
dan diguna sepenuhnya bagi memastikan kredibiliti Tentera
Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai sebuah angkatan laut
yang mampu menjaga perairan negara terus terpelihara.



KD TAR, yang dikendali 32 pegawai dan anggota diketuai
Pegawai Memerintah, Komander Zulhelmy Ithnain merapat
ke jeti pada jam 9.20 pagi..030909..



INFO KD Tunku Abdul Rahman
  • Dilengkapi sistem pelancar torpedo, misil dan periuk api.
  • Enam tiub peluru berpandu antikapal permukaan dan
  • torpedo antikapal selam
  • Berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot
  • Dikendalikan oleh 32 krew
  • Berupaya beroperasi lebih 45 hari

Sunday 6 September 2009

MALAYSIA...MALINGSIA

MALAYSIA kini dipanggil MALINGSIA
Maling ialah pencuri dan Malingsia beerti pencuri besar


Bukan nama negara sahaja di hina Bendera UMNO
dan Menara Petronas turut dipersenda
Apa mahu jadi dengan sebahagian rakyat Indonesia ini?
Hakikatnya apakah ada rakyat Malaysia yang membuat
kacau di Indonesia seperti menduduki tanah haram


kemudian membuat perkampungan, menipu identiti diri
dengan memasuki negara berkenaan berkali-kali,
menjadi pembunuh, penyamun dan perogol, menipu melalui sihir,
menggunakan passport palsu, menyeludup rokok kretek,
mengajar agama salah, memukau dan bermacam-macam lagi?

Apakah ada rakyat Malaysia di Indonesia yang berstatuskan
pendatang tetapi menggunakan hospital kerajaan dengan
jumlah bil berbilion ringgit, menggunakan kemudahan pendidikan,
mendapat kebebasan ke sana ke mari untuk berkumpul
setiap hujung minggu dan sebagainya dan sebagainya?

Yang banyak buat hal ialah rakyat Indonesia di Malaysia
yang kebanyakannya asal pendatang tetapi kini menjadi
warga negara dan ramai lagi yang berhajat sedemikian

Siapakah yang sebenarnya lebih membuat onar?

KAMI BUKAN CIPLAK KOK, CUMA MENCONTEK AJA !

Salam Kebangsaan Untuk Seluruh Pemuda-Pemudi
Republik Indonesia dimanapun berada, baik yang sedang
berada diantara Sabang Sampai Merauke atau yang sedang
berada diManca Negara.

Salam Persaudaraan, Jangan kita biarkan negara manapun
untuk mengusik aset kebudayaan kita, karena bagaimanapun
itu adalah milik negara kita yang harus kita pertahankan.
Cinta Tanah Air Sebagian Dari Iman....
Satu Nusa Satu Bangsa Satu Bahasa Kita…

Inilah bunyi antara kempen anti-Malaysia di Indonesia.
Pada ketika yang sama di Astro pula ada kempen supaya
melawat Indonesia sempena Tahun Melawat Indonesia.

Ironinya kempen itu bagaikan mengajak rakyat Malaysia
berbelanja dan berpesta di sana sempena kempen itu.
Mana satu ni yang mahu diikut?

Eloklah…kepada yang suka ke Jakarta, Bandung dan
sebagainya renungkanlah apa yang sedang diperkatakan
oleh orang Indon terhadap kita.

Wang Malaysia mengalir ke Indonsia bukan hanya melalui
pembantu rumah dan pekerja semata-mata tetapi juga
melalui pelancong yang gemar ke Jakarta, Bandung, Bali, Medan,
Padang, Surabaya dan banyak lagi.

Ini belum yang ada bini muda dan menanggung pelbagai
kegiatan di sana seperti bisnes, pasantren dan sebagainya.

Yang sering ke Indonesia main golf kerana kedinya wanita
genit dan montok tu fikirkanlah untuk bermain di lapang Malaysia.
Biarpun tidak genit dan montok, kita berbelanja di sini.
Orang sudah benci kita. Buat apa hidung tak mancung
pipi tersorong-sorong?

Ikutkan hati mahu hantar saja balik pembantu rumah.
Tetapi selepas beberapa tahun mendapat pertolongannya
(gaji tidak pernah dibayar malah ada kalanya advance pun), s
aya kesian kerana dia merayu jangan dihantar pulang.
Anaknya bersekolah dan ibu bapanya susah.

Apa perasaan anda apabila negara kita disifatkan sebagai
tidak beretika.
Hakikatnya biarlah dia berbangga dengan seni dan budayanya.
Selama mana pulakah kita mahu dijadikan ‘little Indonesia’
dan sebagainya



Kumpulan anti-Malaysia ini juga menyeru rakyatnya
khususnya tenaga kerja supaya berbuat seperti berikut
:Malingsia Tidak Beretika
Sampaikan ke semua tenaga kerja Indonesia terutama
yang bekerja di MALINGSIA agar

1. Tidak memberikan resep makanan Asli Indonesia ke
Orang orang MALINGSIA.

2.Jangan menyumbangkan tarian atau apapun yang berbau
budaya asli Indonesia pada orang MALINGSIA.

3. Jangan bermain musik Tradisional Indonesia Pada
Orang MALINGSIA.

Kita semua telah tau bahwa Negara satu itu adalah
NEGARA TAK BERETIKA, NEGARA PLAGIAT MURNI
Negara tanpa kreativitas, tak mau dan tak mampu
menciptakan karya,

Jadi mulai saat ini sebaiknya kita berhati hati menyajikan
sesuatu yang asli budaya Indonesia pada negara MALINGSIA
dan mari sejak sekarang sebut negara itu dengan sebutan
MALINGSIA bukan MALAYSIA,

Berapa banyak budaya Indonesia direbut?
Masih tegakah budaya kita di Maling?

Bukan sekadar itu.
Kini apakah membakar bendera Malaysia oleh pelajar I
ndonesia sebagai perbuatan biasa?

Selain itu, siapa ajar pelajar berkenaan untuk bertindak
kurang ajar dengan menyerang Kedutaan Malaysia
dengan telur busuk.

Jika benar Malaysia menciplak lagu Terang Bulan, kenapa
sekarang baru bantah?
Kenapa ketika konfrontasi Indonesia-Malaysia,
isu bendera ini tidak ditimbulkan?

Pemerintah Indonesia jangan pandang ringan perbuatan
seperti ini.
Bagaimana pula kalau pelajar Malaysia bertindak balas.
Nasib baik pelajar Malaysia tidak ‘gila’ dan tidak siuman
seperti pelajar Indonesia berkenaan.

Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih
120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu
Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya
dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia.

Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said,
Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk
perasaan dihalang atau ditahan.

Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar
cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang
bendera Indonesia.

Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik
cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis
akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang
bendera di pagar kedutaan.

Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa
perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi
terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali
dalam promosi pelancongan Malaysia.

Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu
mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan
bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku,
ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk
mempromosi satu rancangan televisyen mengenai
Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan
agensi kerajaan Malaysia,

sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk
memarahi Malaysia.

Akan berakhir atau semakin panaskah gerakan
anti-Malaysia dan membenci Malaysia ini?

Dah balikkkk...

Semalam....
tinggallah kami berlima di UK
acu n cikyang dah balik Msia

bagi anak2 aku
acu n cikyang amat menghiburkan mereka
terutama acu...yg selalu suka mengusik

aku n wife pun rasa juga ketiadaan mereka
sebelum ni ada pertolongan..
skarang....sikit2 ibu..sikit2 ayah..hahaha
dulu...acuuuu....cikyangggggggggg...
terima kasih acu n cikyang..


..buat bro Khubaib n Ina sekeluarga,
terima kasih banyak2
sudi menghantar adik2 aku ke Stansted Airport
bersama kami sekeluarga

kalau tak jenuh juga nak panjat bas n train
dgn 2 beg besar tuu..

pas tu...balik Stansted
berbuka plak di umah bro Khubaib
issskkkk...sedap masakannya..
pas tu..dihantarnya balik umah kat Kinsgton plak
isssskkk2...banyak2 terima kasihla Khubaib n Ina

pas ni kitaorg jemput dtg umah plak yer...
berbuka..

buat anak2 ku...
lagi 2 minggu jer lagi..
jumpa la balik acu n cikyang kamu tuu..

Saturday 5 September 2009

Final Projek..

Sejak seminggu sebelum summit semalam 4 sept.
wife aku...mmg tension nmpaknyer..
pulun nak siapkan projek..

tidorpun tak tentu...kesiannn
tidor kul 10..kul 1 bangun dahh
tu sampai la malam nnti pulak...

restpun kejap2 jer..
nasib baik la, ada Acu ngan Cik Yang
boleh la tolong2 masak

bersengkang mata nak siapkan keja..
kekadang...biasala anak2 pasti ganggu
..tapi depapun faham juga..ibu dia tengah sibuk..

paling kesian si Abang la..Idlan
kalau ibu dia tak beri perhatian
apa yg dia cakap...dia akan merajuk
...hihihi..kesiannnn

kakak ok...iqmal plak nak dok atas riba
tengok2 dah terlentok atas riba ibu dia
tidoooo...

alhamdulillah...dah summit projek tu
walaupun dia tak puas hati..
lecture tak peduli lansung...
apa punya lecture/suv...kalau mcm ni
baik tak yah jadi lecture...
nak menage anak2 buah buat kejapun tak reti ka..

nasib baik wife aku ni pandai tau..
Insyaallah...abg doakan dpat cemerlang Yang..

Pindah umah...

...mcm mana kitaorg dtg
..mcm tu la kita prepare nak balik..
dulu..mula sampai uk..dok umah org
ni..nak balik pun dok umah org juga

nape ehh???..kan apa, kitaorg nak balik
security deposit umah cepat ngan malas nak
bayar sewa sebulan tuuu..
...sept ni nak dok pun dlm 18 ari jer
buat pa nak bayar sebulan kannn...

lebih baik sewa umah kwn2...dpt juga jimat
n boleh kasi kwn sikit...

masa skrg ni kitaorg tengah melepak
kat umah Aino n Hilmi..kat Subirton
hihihi...depa dah balik Msia.
depa sewakan rumah ni 15 ari kat kitaorg
sebelum kitaorg balik Msia

alhamdulillah..ada tmpat berteduh.
tq Aino n Hilmi
ni la umah yg kita org tumpang dulu
masa dtg UK ni...
nak balik pun dok umah ni juga...

Tuesday 1 September 2009

Notebook baru..



...aiya..setahun kat sini
3 notebook dah guna..
1 bwa dari Msia, 2 beli kat sini...
yg bawa dri Msia tu Acer...dah hantar balik..
poblem harddisc..skrg dah ok..
dah poblem tu..beli la netbook Advent..kecik jer dlm 10'
hage dlm...£300
guna dah nak dekat setahun...
poblem adapter plak..


masih dlm gerenti...sebab bayar gerenti bulan2 £4
so..hantar kedai balik..ambik masa 2 minggu katanya
...padahal poblem adapter jer...boleh ganti adapter jer
yg dia nak ambik netbook tu apahal...
tak pe la...ambik2..mana tau dia ganti netbook yg baru..

teknisyen dia kata..
biasanya kalau poblem adapter..
bersangkut ngan notebook tu
so..tu yg dia nak check notebook tu..
dari hari ni (1 sept)...
dah seminggu dah netbook tu masuk workshop

...memandangkan dah tak de komputer
wife aku plak, kena time dia nak hantar projek
gelabah la kejap...2 minggu lagi kena summit projek
mau tak mau...kena beli baru agi satu,,

Lepas jer hantar workshop netbook tu..
kitaorg p la cari notebook baru...

jumpa la apa yg hati berkenan...
nak tangkap sony vio...mahal sangat.
Dell plak..ada yg minat..tapi prosesor plak
tak capai apa yg nak...tapi kalau nak senang
spare part..dell la..

last2..packard bell juga la...barg dri France
kat Msia..ada kilang kat Peneng tapi bawah NEC..
harap2...brg dia bagus la..
tak ramai org beli notebook jenis ni...


Packard bell...easynote TJ65
...baru lagi buat Julai 2009..
Intel Pentium Dual-Core processor T4200
4 GB memory...boleh kata semua ada..
hage..£500....ni beli utang..pakai kad kredit..
hihi...banyak la point leh kolect..
pas ni leh minta boucher RM dri maybank yer sayang..
boleh belanja lagi kat Msia..hihii...


apapun...wife aku senang nak buat keja
tu yang penting....nak summit projek 4 sept ni..
kalau tidak..aku gak yg pening nanti..

apapun 18 sept ni...kitaorang balikkkkk msia..
yahoooo......

Shipping...



Ha...ni la keja aku sejak aku tak
mengblogkan diri aku ni...
sibuk kemas barang...nak shipping..


banyak juga barang2 nyer..
14 kotak...termasuk 2 kotak org punya..
kira aku punya 12 jer la..


tu pun banyak lagi barang kena bawa balik naik flight
...adik ipar aku tu..bawa balik 2 beg medium..25 kilo sorang
naik flight..aku sefamily nanti..dlm 100kg..
banyak la bawa nanti...

2 / 3 hari gak la..
spen masa nak ejast barang2 tu nak masuk kotak


barang2 pun dah diambil agen shipping 29 ogos lalu
..crown shipping nama agen tu..
4 sept. ni baru belayar brang2 tu semua..
tunggu la 6-7 minggu baru sampai umah.
tak pe la..janji sampai udah ler...

Lama juga..

Lama juga la aku tak mengapdet blog ni..
sejak balik Paris...
aku mcm tak der masa nak edit blog ni..

yer ker?...buat2 sibuk ker..
mcm2 hal kena uruskan...maklumla dah nak balik Malaysia..
rasa cepat betul masa berlalu..
tup..tup..dah hampir setahun dah aku kat uk ni..

op..!citer pasal paris ni...
aku nak bagitau la sikit...hihihi..
bestla trip aku p Paris ni
tapi tak puas..2 hari jer..
alhamdulillah sampai juga aku kat sini

kita org p aku sefamily 5 org, adik ipar aku 2 org
n kwn wife aku sefamily 3 org..

kitaorg p ngan Eurotrains..hage dlm £60 pegi balik sorang
tu la tiket paling murah setakat ni...tupun hage promo.!
kalau biasa tiket pegi balik Paris £130.

Kat Paris, kitaorg lepak kat hotel 1 star jer
..kat Gardo Noud ..dekat2 ngan Gardo Noud train stesen
tu pun harge 60 euro gak semalam.
hotel tu ok la...bagi aku yg tak kisah sangat ni

katil kecik, tak de aircon, tak der plag pin, kettle pun tarak
hihihi...alhamdulillah tido lena juga la..anak2pun sama

asalkan ada tempat tido n senang nak gerak..
dekat ngan stesen train..dekat pekan ..sudah la.

hari mula Ahad 16 ogos..kul 9am p disneyland
satu hari suntuk kat sana
seronok..tapi tak puas
tak sempat nak main semua permainan
kalau nak main semua...3 hari kat Disney saja baru puas
apapun dah sampai kira ok la..
kul 9 pm...smpai balik hotel..


hage masuk disney..41 euro dewasa sorang,
budak 3thn keatas...38 euro sorang
...ni hage utk 2 park.
berbaloi la...mcm2 ada..
budak2 la paling seronok..
tapi..bapa n mak budak lagi seronok..hihihi..