Thursday 30 July 2009

Habis daa..school


Start 24 Julai 09...akak dah habis school year one kat Crane Park Primary School...budak sekolah menengah dah start cuti awal seminggu lagi....pelik sungguh kat sini..budak sek. Rendah plak cuti lewat...dia msuk sekolah dulu 5 Okt. 08...


..Sejak dia sekolah kat sini...mmg ada perubahan pd diri dia...terutama sekali English ..makin baik dan dia dapat berlajar dgn sempurna..mula2 dulu dia rasa susah nak kecap bhs ni...lama2 dia dah faham n boleh cakap dgn kawan2 dia..



Cikgu dia banyak tolong...terutam Mr. Willis n Mrs. Sha....mengajar dai bhasa enggeris...kwn2 akak pun baik2..Holly, Jemy lu..faduma, Sofia, Muhammad, Brian dan ramai lagi la....tapi kwn yg selalu baik ngan akan Holly n Jemy Lu..

Hari terbuka sem 1 dulu...masa ambik result pencapain akak, Mr Wiliis kata akak ramai peminat...budak klas dia..semua nak duduk sebelah dia..aku pun tak tau pasai apa...mgkin akak ni cute kot..hihihi..lagi mr willis kata, akak masih sederhana dlm mate...aku tau akak ni bukan tak leh buat..kekadang dia ni suka meggelamun masa kita ajar dia...lagi mgkin dia kurang faham cikgu ajar...

Masa ambik dia last day tu...aku jabat tangan la ngan Mr willis..say Tq banyak2 ajar anak aku..banyak yang dia dapat kat sekolah..aku bagitau dia Sept. ni kita org dah balik Msia..wife aku dah abis belajar..dia pun ucapla kat kakak n family aku..selamat maju jaya... Tq Mr Willis..n Mrs. Sha

Hari last tu juga...akak dibekalkan dengan koleksi2/ harta benda apa yg dia buat setahun kat sekolah...banyak juga ler bendanya...siap cikgu dia buh dlm beg plastic ...aku tengok ari tu, semua budak kat sekolah tu bawa balik mcm2 benda yg diorg buat kat sekolah..ada yg sampai dua/ tiga beg...

Aku perhatikan sekolah primary kat sini..banyak ajar budak buat craf..nyanyi..p jalan2.( rombongan belajar) kat luar sekolah...ataupun org kata pendidikan social...,homework seminggu sekali jer..dapat hari Khamis...selasa minggu depan hantar..

Pastu plak setiap ari Jumaat...ada assembley kat dewan..kul 1.00..masa ni klas mana yg jadi host akan buat la aktiviti tertentu..masalnya persembahan...jualan...mainan dan sebagainya..sejak dia sekolah kat sini, class dia..kalau tak salah...3 kali jadi hos assembley...


dia org buat persembahan..yg mula2 dulu aku tak tau la dia buat apa..second..dia org nyanyi n menari...dan yg last seminngu sebelum cuti akhir...dia org cerita dan nyanyi..aku tengok akak ni mmg suka baca buku cerita n nyanyi...

Masa last diaorg buat assembley tu...aku ngan wife aku p tengok...akak kelihatan ok jer..dia dapat hafal cerita tu dah...n aku tengok kwan2 dia yg org putih tu plak tak dapat nak hafal..dah la lahir kat sini..baca pun tak pas lagi....atau mgkin kwn2 dia tu gelabah..n lupa cerita tu..nmpak la cacat sikit persembahan dia org..

Apa pun....akak dah dapat satu pengalaman berharga kat sini...melalui kesusahan..jln kaki ke sekolah...susah belajar kerana bahasa yg kurang mahir...aku sentiasa berdoa agar akak menjadi anak yang soleh, mendengar kata dan menjadi contoh yg baik pada adik2 dia..

Wednesday 29 July 2009

Game...

Game...

Sejak seminggu ni..anak2 dah pandai minta main game dahhhh...habisla tel aku ngan wife aku dipergunankan oleh anak2 main game..nah! padan muka sapa suh ajar...nak beli game rasa mcm rugi jer..tapi sekarang dah mmg kena beli la mcm ni...

“ayah nak gane...ayah nak gane...”..tu iqmal minta nak main game..abang plak..” ibuuuuuu...abang nak game..”....kakak plak..”ayah..nanti akak nak main game..”..ewahhhhhh...semua nak minta main game ni..

wife aku pun sekrang dah pandai nak main game..rebut2 lagi ngan aku..habisla tel aku mcm ni..
tak bleh mcm ni...kne cari juga game ni...game ape patut ku cari...PS 3 ? PS2 ? atau gameboy..
mana murah n dpt main ramai org...?


PS 3..mahal giler tu....secondhand pun dlm £180...ooooiiii mak aii...gameboy..sorang jer bleh main...PS 2 ler aku beli..secondhand jer dah ler...£40..dia bagi 2 cd..2 control..ok la tu. gerenti lagi 6 bulan..tak pe la janji anak2 boleh main...bapa diapun sekali la...hihihi..


Pas ni..harap2 tak de la lagi nak minta game tel. ayah nooo ...main la ps 2 puas2...
mcm tak cayer jer 2 org budak ni bleh main game niiii....betul ker....alih2 ayah ngan ibu dia yg main...tak po lah...janji ade..main tak main blakang kira...ko org dah besar ni pandai2 lah yer..
p/s...game ni utk relaks2 jer tau....bukan selalu main ek...fahammmmmm.....

Bantal busuk abang

Bantal busuk...

Tiba2 jer...’ayah, abg buang...’..kata akak..
Si ayah yg tak tahu menahu....dlm pening2 ngantuk..
Ayah : apa..abang buang botol susu...haaa..pas ni abang tak yah pakai botol lagi laaa...
Akak : abg buang bantal la ayah...
Ayah : oooo...abang buang bantal busuk dia ker..?..ok la tu...pas ni jgn minta bantal lagi la, abang kan...
Abang : ..yer laaaa...abang nak school...
( dalm muka yang mencuka dan risau takut kena marah)...hihihi..

Bagi aku...bagus juga la..dia buang bantal tu...
mungkin dia tak sangka...bantal yang dia suka baling2 tu, boleh keluar kut tingkap..padan muka abang..hahaha...baling lagi..sejak dari kecik lagi, bantal tu la jadi teman dia tidur...kalau nak tido..kena ada susu dan bantal busuk panjang tu la...

akupun tak tau, bantal tu jatuh kat mana..naseb ler..

Lagi pun...abang dah besar..bantal tu dah patut ditinggalkan...penah la aku ambik simpan bantal tu...mencari dia satu umah..last2 asyik dok nangis jer...mana tahan ibu dia...suh la aku kasi balik kat dia...habis mcm mana nak tinggalkan...haaa..sekarang dia dah tau...bantal dia dah tak der..sendiri buang...bagus juga la...harap2 pas ni dia tak minta lagi la bantal busuk dia tu...

Balik Msia nanti...abang dah sekolah..so bantal2 busuk dah tak pakai yer bang...

Monday 27 July 2009

Mufti Perak

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak



Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini. Taklimat berlangsung selama empat jam setengah.

Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam Waktu ini ada kaitan kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah..

Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion). Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian.

Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya.

Itulah akibatnya. Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini. Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan: 1) Apa peranan masjid. 2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid. 3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.
Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja.

Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan.

Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional. Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula.

Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam. Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut.

Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual. Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa begitu.

Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya. Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar.

Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri.

Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia. Harap kepada siapa? Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita.

Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim. Allah S.W.T berfirman: "Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)." Peringatan-peringatan Daripada Allah S.W.T.

Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang.****Copy dan edarkan di dalam emel, blog, facebook dan sebagainya

Iqmal yang rajin


Ini cerita ibunya ler...

satu hari tu...ibunya terlihat anak bongsuku..si iqmal zhareef menyapu sampah...tak de org suruhpun dia buat mcm tu..sapu sampah ler...penyapu tu..aku tertinggal kat tepi pintu luar dapur..biasanya penyapu tu kat dapur...


dia ambik penyapu tu...dan jlankan kerjanya...mmemang rajin si iqmal nii..(agaknya..rajin mcm ayah dia la kut)..dia sapu habis ruang tamu..kat tangga....dalam bilik...ada stail lak tu sapu...mmg aku ketawa tengok gambar ibu dia snap..dia terkejut bila ibu dia ambik gambar senyap2 tuuu...

Memang iqmal ni suka main penyapu...pantang nampak org tak de / org tak tengok dia...dia akan ambik penyapu tu dan buat kerja..kekdang dia bukan nya sapupun...lagi buat sepah ada la...


Iqmal ni pantang disuruh...dia akan cepat2 buat....ikut mood juga laaa..lain sikit dari abang dia..idlan..kena lembut2..rayu2...kalau mrah2 kat dia..sampai kesudahla dia tak nak buat..



Friday 24 July 2009

Prepare to going back..

Tak sabar dah nak balik weiiii....sejak tak berkerja ni jadi boring plak...tu asyik dok ingat nak balik jer..apa2 pun Sept. ni aku n family kena balik Msia juga...Insyaallah..wife habis study..aku habis cuti..kena keja la balik nanti..

Banyak lak benda nyer kena prepare sebelum balik ni...penting sekali pasal umah sewa ni..duit..duit..security deposit kena ambik woiii..£850 tu..RM4000 lebih tuuuu...boleh buat blanja sebelum dpt gaji..hehe..betui ka ni....mungkin la dia tolak sikit kot..nak tacap balik mana2 cat yg tertanggal tu( biasa la da budak2 kecik tuuu, faham jer la conteng sana, conteng sini)tu pun aku dah raba mana yg patut....keluaq la..mana yg tak bleh tu..kena la cat balik...

Pasal harta sepencarian kat sini...TV, Video player, keter sorong budak, car seat, carpet, rag dan sebagai nya...kena lego la...tak tau lak nak jual kat sapa..ingat2 nak faraid jer la, kalau tak de bayer..nak bawa balik..banyak lak blanja shipping nyer...

sayang juga harta2 tu...especely carpet n rag coklat aku tu..design dia lawa..aku ingat nak jual murah jer la..mungkin 70%-80% sale..hahaha..tu barang setahun jer kat sini...patut la student2 family yang dok over sea ni kena booking kontena bila balik ha....barang tu mmang aku kena tinggal kat sini..

Shipping dah comform booking...belum lagi pack nyer..kotak tak sampai lagi..agak2 aku ada la dalm 10 kotak juga ni..3 kotak bosar, 4 sederhana n 3 kecik..n bajet2 dlam £300 juga tu..Shipping pakai kotak jer..save bajet weiii...

tupun kalau boleh tak nak bawa balik apa2 pun..nak tinggal semua..nak save la konon..agak2 dua bulan juga baru sampai Msia..janji sampai daaa...Shipping ni wife aku uruskan dgn kawan dia, Huda yg dok kat Gilford..Huda ni jadi agen shipping..Senang la nak berurusan sikit..Kepala nya melayu la...mungkin dah lama buat bisness ni kut..

Bab lain pula...elektik, gas, virgin media...agak2 boleh settle sebelum balik.. bil letrik n gas aku nak buat exra bacaan meter...senang nanti tok sah dok pening nak bayar bila balik nanti...kat sini, owner umah boleh bagi bacaan meter dgn telefon jer..dia org tak datg check pun bape meter tu..dia org buat estimate jer dalm bil..aku dok kira2 bil aku tak de la banyak macm dia estimate tu..so aku buat calculate sendiri, bape guna sehari..aku darab ler dgn bilangan hari sampai masa keluar umah ni..senang kan..!

..5 bulan bil letrik dlm £120..gas dlm £ 100..so kira ok ler..aku bayar lebih bukan diaorg nak pulangkan balik duit tu..Virgin media tu termasuk la line tel, internet dan tv..wife aku dah settle..nanti diaorg hantar box suh kitaorg pos balik alat2 dia tu... senang juga kan..bil semua autodebit....close ac bank habis la..lagipun kat sini bayar dulu baru guna..tak bayar tak leh ler guna kannn..kan..

Eh..aku pun nak kena close ac bank juga ler...malas nyer..aku ingat nak biar jer..nanti nak dtg lagi tak yah buat lagi sekali...hihihi..boleh ker mcm tu..(ada niat nak datg lagi niiii...insyaallah)..aku punya ac bank LLYROD..aku buka ac ni pun sebab nak bank in gaji yg agen bayar pakai cek tu..kalau tak mmg aku tak de ac la..wife aku pakai BARCLAY..elaun kajaan masuk kat sini la..bayar2 apapun –pakai debit kad BARCLAY ni la..ni pun kena close juga sebalum balik...tak yah close la yang..simpan buat kenangan..hihihi.

MMang ati aku sekarang ni, dok tingat tempat keja, umah, kete, family n Malaysia dan juga raya kat sana...best2...tak sabor den nak balik weiii...

Mainan Carboot..

Sejak mai UK ni.....kalau p carboot first skali aku akan cari mainan untuk anak2 aku..mmg kat carboot banyak mainan n mcm2 mainan dan harganya pun murah. Biasa boleh dapat paling tinggi pun £3..paling murah £0.10...


Dok kat umah macam ni..( umah atas )..tak de plak tempat nak main kat umah..org bawah umah aku ni ada la tanah kat blakang boleh budak2 main..umah aku, umah atas tak de tanahnya..nak main kena p taman...tu yang mainan ni jadi benda penting kat anak2 aku ni..


Kekadang sronok gak layan diorg main..boleh tengok krektor diaorg...kejap gaduh...kejap baik..lagi, boleh tengok diaorg punya imaginasi yg banyak dipengaruhi oleh citer2 cartoon....memang boleh ketawa n geram kalau tengok diorg main...mainan ni abang ngan adik jer yg main...kalau masuk kakak dia nanti gaduh..mainan kakak dia tu laaa..bear..dan anak patung baby...
kekadang aku lak nak ketawa bila tengok abang ngan adik dia main anak patung baby tu..siap bagi susu dan tidurkan anak patung tu lagi...sekarang ni aku dah sembunyikan anak patung tu..supaya diorg tak ikut2 cara budak2 pompuan..hihihi..sorry akak..skrg kakak dia suka tulis2 plak.

Antara mainan yg dibeli tu...diaorg suka main LEGO atau blok2 tu...benda tu sikit jer..kena kongsi 2..abang sikit adik sikit..mcm2 ler dia org buat...kadang sampai gaduh sebab tak puas ati....buat kapal dia kata bas...buat bas dia kata house..mcm mana tak gaduh..heyyy..last2 aku ambik simpan jap...sembunyi dulu..dah ok, kluaqkan balik la...
kadang abang ni banyak songeh dari adik..adik pulak suka kacau apa org buat..tu yang gaduh tu...apa pun mainan2 ni banyak berjasa kat aku dan ibunya...

5 Dalang Hidup Mewah...


(petikan dari Harian Metro..)
KUALA LUMPUR:
Gaya hidup mewah lima pegawai kanan Jabatan Imigresen yang bertugas di Johor Bahru, membongkar kegiatan mereka menjadi dalang menyeludup pendatang asing tanpa izin terutama pelarian Rohingya yang sepatutnya dihantar pulang ke negara mereka.
Malah, pegawai terbabit turut bersengkongkol dengan empat pemandu bas bagi membawa pendatang terbabit yang ditahan imigresen sebelum ini ke pintu sempadan negara untuk tujuan pengusiran.
Bagaimanapun, sebaik tiba di pintu sempadan mereka diberi pilihan untuk masuk semula ke negara ini atau ‘dijual’ kepada sindiket buruh paksa di negara jiran. Setiap pilihan yang dibuat membabitkan bayaran tertentu.Kelicikan mereka menjalankan kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan polis Bukit Aman menahan mereka di Johor Bahru, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, kegiatan pegawai penguat kuasa terbabit sudah lama dipantau hasil risikan pihaknya sejak awal tahun lalu.

“Pemantauan terhadap pegawai berusia 25 hingga 40 tahun itu dilakukan sejak Mac lalu apabila mendapat tahu mereka ‘menjual’ pelarian Rohingya di pintu sempadan bagi mencari habuan tambahan.“Mangsa mereka kebanyakan wanita yang sepatutnya dihantar pulang.
“Sebaik sampai di pintu sempadan, pendatang terbabit diberi pilihan sama ada mahu masuk semula ke negara ini atau dijual kepada sindiket di negara jiran bagi bekerja sebagai buruh di beberapa sektor pekerjaan seperti perikanan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.
Bakri berkata, sindiket terbabit mengenakan bayaran RM300 hingga RM600 seorang jika ingin kembali ke negara ini. “Jika mangsa tidak mampu membayar, mereka dijual kepada sindiket dengan harga RM2,000 dan diseludup melalui laluan tikus di sepanjang sempadan utara negara.
“Ada yang berurusan dari luar negara melalui telefon atau terus berjumpa sindiket ini menggunakan orang tengah dan semua transaksi pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank,” katanya yang sedang menyiasat sama ada urusan dokumentasi turut dilakukan pihak mereka.
Menurut Bakri, jika dilihat kemampuan setiap individu yang ditahan, dia percaya semua pegawai kanan itu telah lama mendalangi kegiatan terbabit.“Kita percaya mereka aktif sejak setahun lalu namun mendedahkan ‘kemampuan’ mereka sehingga sanggup mencalar imej negara. Mereka diberi tanggungjawab sebagai pihak penguat kuasa tetapi menjadi dalang sindiket terbabit dan kita tidak akan bertolak ansur.
“Semua suspek direman sehingga Jumaat ini dan disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan denda,” katanya yang sedang menyiasat jumlah pendatang tanpa izin menjadi mangsa sindiket itu.
Jun lalu, Amerika Syarikat memasukkan semula Malaysia dalam senarai hitam negara yang menyeludup manusia, selain enam negara Afrika iaitu Chad, Eritrea, Niger, Mauritania, Swaziland dan Zimbabwe.



P/S .....org bagi kuasa dia salah guna kuasa...dek kerna RM..RM...RM...$$$$$$$$....tu la tunjukkan sangat dia mewah..padan muka ...hehehe..ni yg dapat..mcm mana yang makan juta2 nun...buat2 senyap jer..apa ni...

Thursday 16 July 2009

K1 Sports..

Hari ni...
Nur Zureehan anak sulung aku ada sukan kat sekolah dia...pukul 10am start... semua parent dijemput hadir.. lepas aku balik dari hantar dia kat sekolah..aku suh semua siap apa lagi ( aku, isteri +2anakboy +acunya) pun siap la p sekolah zureehan..kan apa, nak gak tengok anak kita sport..lebih2 lagi kami ni dah nak balik Msia...semua semangat nak tengok kakak dia sport..












...K1 tu maksudnya utk years one... years one ada la 3 class jer...Gemini( anak aku class ni la), Apollo dan Marina...aku ingat sport betul2..lari 30m ka, 50m ka..lompat jauh ka...rupa2nya..dia buat mcm sukanneka kat sekolah tadika...dia campur2 class dlm setiap kumpulan...ada la 6 kumpulan...Zureehan ni dalam kumpulan Mozart....


stage 1 : kau tengok cikgu dia yg duduk atas krusi tu...
aku slalu tengok..cikgu ni mmg pakai slipar g skolah


menyambut belon yg diisi air...















stage 2 : lompat-lompat...


stage 3 : baling2...

stage 4 : lari2 ulang alik...

stage 5 : telentang n telengkup marker kecik tu...

Game yg dibuat pula ikut stage...ada stage yang lompat2, stage baling2, stage lari2,..ada la dalam 5 stage...setiap kumpulan akan melalui semua stage tu dgn masa di set oleh dia punya guru besar..(mcm aku buat untuk latih budak2 bola ngan hoki kat sekolah la...test fitness)....seronok gak tengok dia org sukan ni...sukan budak tadika la..ramai gak parent datang tengok...adala dlam 2 jam dia punya sukan tu..sekurangnya dapat la dia pengalaman kat sini..



Walaupun group dia tak menang...tak kisah sangat( group paling ramai pompuan 6girl +3 boy)..tak adil..tak adil..)..tempat 1,2 dan 3...dari kumpulan yang ramai laki n ramai pulak tu sampai 11 org. ...yg menang no 1 lagi la..8 0rg boy+ 3 girl..tak aci la mcm ni..)..pas tu, untuk menang dia kira kumpulan yang banyak buat kat satu2 stage tu..boleh tau la..,mesti la kumpulan yang ramai boleh buat banyak...dia orng tak piker ka???..logik ka...9 lawan 11...mana adilnya...???

ni la GB dia...yg dok tgh pdang tu...

Yang aku respeck kat sini..ialah dia punya Guru Besar..boleh jadi penjaga masa n juru kira2 lagi tu...dok tengah padang sorang2..goyang bell n buat calculate markah...mana ada Guru Besar buat mcm tu kat Malaysia..tak tau lak aku kalau ada...
Mrs. Sue Hardwick..GB melekatkan sticker pd team yang tak menang..
kau tengok n kira...team yg menang ni..ada 8 boy...3 girls
....Apa pun semua org happy tengok anak masing2...walaupun dia org tak taupun benda2 macm ni..just nak tengok anak main jer...suka2...


Rubbish N Recycle

NAk citer sikit pasal recycle n rubbish. Kat UK ni,..mmg diutamakan recycle...botol plastic, kaca, kertas palstik semua kena recycle..mmg meluas recycle dia, tak mcm kat Msia..malah pakaian
yg mana tak pakai pun, ada org kutip kat umah...(dia bagi note la bila nak kutip)... kita letak jer pakaian2 tu kat dpn pintu umah.


Kat Malaysia, semua brang utk recycle bila dikumpulkan boleh dijual..kat sini (uk), setahu aku tak de pun buat mcm tu...semua barang yg boleh recycle majlis bandaran dia kutip..tapi diorg ni sistematik sikit.. Siap dia bagi bekas lagi utk kita asingkan barang recycle..kertas bekas dia lain, plastic lain, kaca/ tin lain...mmg bajet tinggi la kalau buat mcm ni kat Malaysia.


Sisa makanan pun kena asingkan, tak boleh buang dlam tong sampah mcm biasa kita buat kat Msia..ni pun dia bagi bekas juga suh kita asingkan...sekurang2 nya tong sampah tak la berbau..kan..kan..daun2 ke,kayu2, rumput pun dia suh recycle siap dia bagi beg lagi suh asingkan..



Masa kutipan....kat tempat aku ni..Hanworth..dia datg kutip sampah hari Khamis...untuk barang recycle dia kutip ikut jadual..selang seminggu..( kalau sapa kyg tak de/ tak baca jadual tu..mmg sampah dok depan umah jer la..tak de org kutip)..tu yg dia bagi jadual kutipan utk setahun, kena simpan elok2 la...hilang nasib la...tengok2 la jiran letak apa kat luar rumah.


Barang recycle tu..kalau kita campur dgn brg lain...diaorg. tak kan kutip punyer..dia bagi note suh kita asingkan..ambik kau..aku dah kena dah niii..lagi satu..tempat buang sisa2 makanan tu, dia kata jgn letak plastic...kita jgn letak la...mmg sisa tu dia tak angkut...kau simpan la sampai minggu depan pulak..dia suh buang plastic tu..hampeh!! tak tau la ,mcm mana kat Msia kalau dipraktikan macm kat sini....Apapun aku suka cara diorg kat sini....ada sistematik sikit..ala sesetengah part jer la...

Wednesday 15 July 2009

Solat Duha

KELEBIHAN SOLAT DUHA ,KUNCI KEMURAHAN REZEKI DAN KEBERKATANYA REZEKI KITA ITU .

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:Kekasihku Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada aku dengan tiga perkara:
Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan sembahyang sunat Duha sebanyak dua rakaat dan mendirikan sembahyang Witir sebelum aku tidur. (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Waktu solat

Dilakukan Solat Sunat Duha ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi .Jumlah rakaat tidak terbatas dari dua rakaat sehingga 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam .

Lafaz niat :
"Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar "Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Selepas membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama baca lah surah As-Syams .
Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Ad-Duha .
Semasa sujud akhir bacalah surah Ad-Duha 1 kali (Kalau Kuat keimanan sebanyak 40 kali semasa sujud akhir )

Selepas memberi salam baca Lah Doa Nabi Besar Kesayangan Kita s.a.w ini .
Berdoalah :

" Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan ituperlindunganmu ".

" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan,keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."

Firman Allah s.w.t.Untuk Manusia ,Katakanlah,
"Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya.Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk."(Al-An..am, 162-63)

MU....PAS n BN

Entah kenapa tangan aku gatai nak tulis pasal politik Msia plak... Aku pikir,utk beberapa hari ni, kat Malaysia org. akan perkatakan tentang PAS hampir kehilangan kerusi DUN Manek Urai; sama ada di media massa, media baru atau di kedai-kedai dan warung kopi.

Sejarah kekalahan Pas dalam pilihan raya umum DUN Manik Urai dengan majoriti tipis 53 undi nampaknya berulang hari ini apabila BN pula kalah dengan majoriti tipis sebanyak 65 undi.
Jelas kemenangan tipis Pas ini memberi kejutan besar kepada pemimpin dan penyokong Pas yang menduga dan yakin mereka akan memperolehi majoriti lebih daripada dicapai Ismail Yaacob dalam pilihan umum 2008. Apapun Pas tetap juga menang kerana menurut demokrasi sesiapa menang dengan majoriti satu undi dikira menang.


Mana-mana parti politik sekalipun tidak boleh menunggu kelemahan orang lain untuk menang pilihanraya. Ia hendaklah membina kekuatan sendiri. Pemimpin parti-parti politik juga harus menginsafi bahawa dengan menuduh orang lain salah tidak menjadikan mereka betul.
Kejayaan Pas kekalkan kemenangan Pas dan kekalahan Umno dengan majoriti tipis di Manek Urai ada hikmahnya. Maknanya masing-masing kena bekerja kuat untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13. Sama ada Pas mampu mempertahankan Manek Urai pada pilihanraya umum ke-13 nanti bergantung kepada sejauh mana Fauzi mampu menfotostatkan dirinya menjadi Pak Su Weil kalau pun tidak mampu menjadi lebih baik dari Pak Su Weil.



Manakala Umno mempunyai harapan yang cerah untuk tawan Manek Urai sekiranya Tuan Aziz terus diberi peranan di kawasan berkenaan sehingga pilihanraya umum ke-13 dan beliau sekali lagi diberi peluang bertanding nanti.

Berbalik kepada keputusan pilihanraya Manek Urai, elok sekiranya PAS dan UMNO cuba memahami apakah mesej yang ingin disampaikan oleh pengundi di situ. Sebagai umat islam..kita ingin melihat perpaduan islam dan juga ingin melihat UMNO dan PAS "bermain" politik yang menguntungkan rakyat dan bermuafakat. Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh pengundi Manek Urai kepada kedua-dua parti politik Islam-Melayu itu. PAS dan UMNO boleh sama2 membangunkan umat islam dan Malaysia.


Fikir2kan lah..apa akan jadi pada Melayu-islam dan Malaysia kalau PR memerintah...yang sememangnya tidak sepakat...masing2 nak tunjuk hero..

Ikea Croydon, Uk

Agak2nya dah lama gak kita org tak keluaq jln jauh sikit...mula2 plan nak p Wembley Stadium, alik2 tengok dlm web site dia, ada concert OSIS plak..tak syok la nank jln2 dgn org yg ramai n mcm2 perangai tu..so tak la jadi p wembley.


Dalam train HW ke Wimbledon....ni salah train la..


Isteri..: Yang cari la tempat nak jln2 ni...boring la..
suami : Nak p mana ?..malas la nak kluaq, cuaca tak menentu ni..
Isteri : Wembley dah tak leh p..minggu lepas pun tak leh p juga..cari la tempat2 kat area
Middlesex ni yg. menarik..
(..suami muka malas...buka internet layarilah web site..'best place to visit Middlesex..hahaha' )
Suami : Yang..tak de tempat menarik la...ada tapi jauh sangat..pas tu kena bayar plak..
Isteri : Pa kata kita p Ikea Croydon..hihihi..
Suami : P Ikea...!..
( ni last minit punya planning..)...sebelum ni pun isteri aku asyik nak p ikea jer..
Isteri : Ok pa..kita jln2 la..tengok ikea kat sini mcm mana...pas tu boleh kita try naik tram kat
kat sini...nak la rasa naik tram..cuba check tfl.. http://www.tfl.gov.uk/ )
suami ; ok lah...abang check dulu tfl......( kat sini kalau nak jln2 kena check tfl dulu n weather)

Berikut atur acaranya...
  • 1215....keluaq umah...tunggu bas 285 to Kingston kat Honslow Road
  • 1230pm.. turun kat Hampton Wick Station...beli tiket train

  • abang...sibuk nak tengok apa ada dlm box tuuu...

( salah beli tiket..nak beli travel kad..beli yang biasa pegi balik..kalau travel kad murah n boleh guna utk tram nanti ..tiket plak pakai mesin yg tak jelas skrin nya, tu yg tak nampak travel kad tu...tiket dari HW ke Wimbledon..dalm £6 sorang budak2 tak kena..)

  • kalau pakai travel kad baru £5 sorang..ikut zone la..ikea ni kat zone 6 ..kitaorg duduk kat zone 4( zone 4 ke zone 6).

  • budak ni mmg dok tak diam dlm train...tapi dia baik..hihihi

  • 1250pm... naik train...salah lagi...sepatutnya ambik train ke Waterloo via Kingston..kami naik train ke Waterloo via Richmon...apa lagi kita org turun la kat Station Richmon..tunggu plak train lain ke Wimbledon...nasib baik tak kluaq station..kalau tak kena beli tiket lain.. kan senang kalau beli travel kad..boleh keluar masuk any time dlm sehari dlm zone la..naik bas/tram pun tak yah bayar lagi..

  • 155pm..naik train dari Richmon ke wimbledon...legang, tak ramai org pun...
  • 220pm...sampai kat Wimbledon station/...cari station tram nak p Wimbledon..rupanya sebelah station train jer..


  • ni la rupa tram....mcm train juga la...


    kat dlm tram mcm bus laaaaaa.... plak


  • kesalahan ke 3..naik tram tak bayar..nasib ler tak kantoi ..dah naik smpai station ke 3 (Phipps Bridge)..pas tu kita org turun balik..takut nanti org check tiket...guna la Osyster kad bayar £1...ada mesin kat station tu..(touch kad sja...sonangggg)


  • 15minit tunggu kat station tu...baru naik balik tram ke Ikea..



  • 250pm... turun kat Ampere Way tram station..jln kaki dlm 5minit ke Ikea Croydon..dah sampaiiiii..akhirnya...senyum melebar wife aku..



ni rupanya IKEA Croydon yer...

..sampai jer kat ikea..isi perut dulu...anak2 aku semua dah lapar....sblum dtg dah makan berat..so mkn sekut jer la kat ikea..



ooo...ari ahad..so Ikea tutp kul 5..ada lebih kurang 2 jam utk kita ronda2..cukup la tu...sempat juga rembat kain JORUN..tengok harga dlm bakul £6..bayar £12...aik, kena lagi..aduiiii yai....tu la, lain kali tengok betui2...kalau ya pun sale..tak semua brang tu sale...hampeh!!..

kat sini...beg ikea tu boleh beli...kecik 45 peney..+-RM2.50
besar..sory x ingat hage..

Kita org balik ari Ikea kul 445..dlm tram balik dari Ikea ke station Wimbledon...ada plak, org check tiket/pas..aaaaghhhh..slamat..pakai pas osyster..banyak plak cakadak nyer soal..saja jer nak borak2 tu..hihihi..


Dari Wimbledon..naik train turun kat Kingston..saja nak turun Kingston jln2..awal lagi...lagipun senang sikit ambik bas..dekat jer dgn bas station..boleh dpt tempat duduk...




semua org heppy ...sampai balik umah kul 630 petang....
menu mlm..fish n chip & kebab..


Kesimpulannya....
1...sama jer la IKEA kat mana2pun...barang yg sama..harga lain2..ada mahal ada murah..( lebih kurang mcm kat Malaysia juga laaa...)..pas ni balik Malaysia kita p IKEA yer

2...pastikan anda tau dulu..sblum anda buat sesuatu...baca, perhati dan tanya...