Friday 24 July 2009

5 Dalang Hidup Mewah...


(petikan dari Harian Metro..)
KUALA LUMPUR:
Gaya hidup mewah lima pegawai kanan Jabatan Imigresen yang bertugas di Johor Bahru, membongkar kegiatan mereka menjadi dalang menyeludup pendatang asing tanpa izin terutama pelarian Rohingya yang sepatutnya dihantar pulang ke negara mereka.
Malah, pegawai terbabit turut bersengkongkol dengan empat pemandu bas bagi membawa pendatang terbabit yang ditahan imigresen sebelum ini ke pintu sempadan negara untuk tujuan pengusiran.
Bagaimanapun, sebaik tiba di pintu sempadan mereka diberi pilihan untuk masuk semula ke negara ini atau ‘dijual’ kepada sindiket buruh paksa di negara jiran. Setiap pilihan yang dibuat membabitkan bayaran tertentu.Kelicikan mereka menjalankan kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan polis Bukit Aman menahan mereka di Johor Bahru, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, kegiatan pegawai penguat kuasa terbabit sudah lama dipantau hasil risikan pihaknya sejak awal tahun lalu.

“Pemantauan terhadap pegawai berusia 25 hingga 40 tahun itu dilakukan sejak Mac lalu apabila mendapat tahu mereka ‘menjual’ pelarian Rohingya di pintu sempadan bagi mencari habuan tambahan.“Mangsa mereka kebanyakan wanita yang sepatutnya dihantar pulang.
“Sebaik sampai di pintu sempadan, pendatang terbabit diberi pilihan sama ada mahu masuk semula ke negara ini atau dijual kepada sindiket di negara jiran bagi bekerja sebagai buruh di beberapa sektor pekerjaan seperti perikanan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.
Bakri berkata, sindiket terbabit mengenakan bayaran RM300 hingga RM600 seorang jika ingin kembali ke negara ini. “Jika mangsa tidak mampu membayar, mereka dijual kepada sindiket dengan harga RM2,000 dan diseludup melalui laluan tikus di sepanjang sempadan utara negara.
“Ada yang berurusan dari luar negara melalui telefon atau terus berjumpa sindiket ini menggunakan orang tengah dan semua transaksi pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank,” katanya yang sedang menyiasat sama ada urusan dokumentasi turut dilakukan pihak mereka.
Menurut Bakri, jika dilihat kemampuan setiap individu yang ditahan, dia percaya semua pegawai kanan itu telah lama mendalangi kegiatan terbabit.“Kita percaya mereka aktif sejak setahun lalu namun mendedahkan ‘kemampuan’ mereka sehingga sanggup mencalar imej negara. Mereka diberi tanggungjawab sebagai pihak penguat kuasa tetapi menjadi dalang sindiket terbabit dan kita tidak akan bertolak ansur.
“Semua suspek direman sehingga Jumaat ini dan disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan denda,” katanya yang sedang menyiasat jumlah pendatang tanpa izin menjadi mangsa sindiket itu.
Jun lalu, Amerika Syarikat memasukkan semula Malaysia dalam senarai hitam negara yang menyeludup manusia, selain enam negara Afrika iaitu Chad, Eritrea, Niger, Mauritania, Swaziland dan Zimbabwe.



P/S .....org bagi kuasa dia salah guna kuasa...dek kerna RM..RM...RM...$$$$$$$$....tu la tunjukkan sangat dia mewah..padan muka ...hehehe..ni yg dapat..mcm mana yang makan juta2 nun...buat2 senyap jer..apa ni...

No comments:

Post a Comment