Wednesday 15 July 2009

MU....PAS n BN

Entah kenapa tangan aku gatai nak tulis pasal politik Msia plak... Aku pikir,utk beberapa hari ni, kat Malaysia org. akan perkatakan tentang PAS hampir kehilangan kerusi DUN Manek Urai; sama ada di media massa, media baru atau di kedai-kedai dan warung kopi.

Sejarah kekalahan Pas dalam pilihan raya umum DUN Manik Urai dengan majoriti tipis 53 undi nampaknya berulang hari ini apabila BN pula kalah dengan majoriti tipis sebanyak 65 undi.
Jelas kemenangan tipis Pas ini memberi kejutan besar kepada pemimpin dan penyokong Pas yang menduga dan yakin mereka akan memperolehi majoriti lebih daripada dicapai Ismail Yaacob dalam pilihan umum 2008. Apapun Pas tetap juga menang kerana menurut demokrasi sesiapa menang dengan majoriti satu undi dikira menang.


Mana-mana parti politik sekalipun tidak boleh menunggu kelemahan orang lain untuk menang pilihanraya. Ia hendaklah membina kekuatan sendiri. Pemimpin parti-parti politik juga harus menginsafi bahawa dengan menuduh orang lain salah tidak menjadikan mereka betul.
Kejayaan Pas kekalkan kemenangan Pas dan kekalahan Umno dengan majoriti tipis di Manek Urai ada hikmahnya. Maknanya masing-masing kena bekerja kuat untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13. Sama ada Pas mampu mempertahankan Manek Urai pada pilihanraya umum ke-13 nanti bergantung kepada sejauh mana Fauzi mampu menfotostatkan dirinya menjadi Pak Su Weil kalau pun tidak mampu menjadi lebih baik dari Pak Su Weil.



Manakala Umno mempunyai harapan yang cerah untuk tawan Manek Urai sekiranya Tuan Aziz terus diberi peranan di kawasan berkenaan sehingga pilihanraya umum ke-13 dan beliau sekali lagi diberi peluang bertanding nanti.

Berbalik kepada keputusan pilihanraya Manek Urai, elok sekiranya PAS dan UMNO cuba memahami apakah mesej yang ingin disampaikan oleh pengundi di situ. Sebagai umat islam..kita ingin melihat perpaduan islam dan juga ingin melihat UMNO dan PAS "bermain" politik yang menguntungkan rakyat dan bermuafakat. Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh pengundi Manek Urai kepada kedua-dua parti politik Islam-Melayu itu. PAS dan UMNO boleh sama2 membangunkan umat islam dan Malaysia.


Fikir2kan lah..apa akan jadi pada Melayu-islam dan Malaysia kalau PR memerintah...yang sememangnya tidak sepakat...masing2 nak tunjuk hero..

No comments:

Post a Comment