Sunday 6 September 2009

MALAYSIA...MALINGSIA

MALAYSIA kini dipanggil MALINGSIA
Maling ialah pencuri dan Malingsia beerti pencuri besar


Bukan nama negara sahaja di hina Bendera UMNO
dan Menara Petronas turut dipersenda
Apa mahu jadi dengan sebahagian rakyat Indonesia ini?
Hakikatnya apakah ada rakyat Malaysia yang membuat
kacau di Indonesia seperti menduduki tanah haram


kemudian membuat perkampungan, menipu identiti diri
dengan memasuki negara berkenaan berkali-kali,
menjadi pembunuh, penyamun dan perogol, menipu melalui sihir,
menggunakan passport palsu, menyeludup rokok kretek,
mengajar agama salah, memukau dan bermacam-macam lagi?

Apakah ada rakyat Malaysia di Indonesia yang berstatuskan
pendatang tetapi menggunakan hospital kerajaan dengan
jumlah bil berbilion ringgit, menggunakan kemudahan pendidikan,
mendapat kebebasan ke sana ke mari untuk berkumpul
setiap hujung minggu dan sebagainya dan sebagainya?

Yang banyak buat hal ialah rakyat Indonesia di Malaysia
yang kebanyakannya asal pendatang tetapi kini menjadi
warga negara dan ramai lagi yang berhajat sedemikian

Siapakah yang sebenarnya lebih membuat onar?

KAMI BUKAN CIPLAK KOK, CUMA MENCONTEK AJA !

Salam Kebangsaan Untuk Seluruh Pemuda-Pemudi
Republik Indonesia dimanapun berada, baik yang sedang
berada diantara Sabang Sampai Merauke atau yang sedang
berada diManca Negara.

Salam Persaudaraan, Jangan kita biarkan negara manapun
untuk mengusik aset kebudayaan kita, karena bagaimanapun
itu adalah milik negara kita yang harus kita pertahankan.
Cinta Tanah Air Sebagian Dari Iman....
Satu Nusa Satu Bangsa Satu Bahasa Kita…

Inilah bunyi antara kempen anti-Malaysia di Indonesia.
Pada ketika yang sama di Astro pula ada kempen supaya
melawat Indonesia sempena Tahun Melawat Indonesia.

Ironinya kempen itu bagaikan mengajak rakyat Malaysia
berbelanja dan berpesta di sana sempena kempen itu.
Mana satu ni yang mahu diikut?

Eloklah…kepada yang suka ke Jakarta, Bandung dan
sebagainya renungkanlah apa yang sedang diperkatakan
oleh orang Indon terhadap kita.

Wang Malaysia mengalir ke Indonsia bukan hanya melalui
pembantu rumah dan pekerja semata-mata tetapi juga
melalui pelancong yang gemar ke Jakarta, Bandung, Bali, Medan,
Padang, Surabaya dan banyak lagi.

Ini belum yang ada bini muda dan menanggung pelbagai
kegiatan di sana seperti bisnes, pasantren dan sebagainya.

Yang sering ke Indonesia main golf kerana kedinya wanita
genit dan montok tu fikirkanlah untuk bermain di lapang Malaysia.
Biarpun tidak genit dan montok, kita berbelanja di sini.
Orang sudah benci kita. Buat apa hidung tak mancung
pipi tersorong-sorong?

Ikutkan hati mahu hantar saja balik pembantu rumah.
Tetapi selepas beberapa tahun mendapat pertolongannya
(gaji tidak pernah dibayar malah ada kalanya advance pun), s
aya kesian kerana dia merayu jangan dihantar pulang.
Anaknya bersekolah dan ibu bapanya susah.

Apa perasaan anda apabila negara kita disifatkan sebagai
tidak beretika.
Hakikatnya biarlah dia berbangga dengan seni dan budayanya.
Selama mana pulakah kita mahu dijadikan ‘little Indonesia’
dan sebagainya



Kumpulan anti-Malaysia ini juga menyeru rakyatnya
khususnya tenaga kerja supaya berbuat seperti berikut
:Malingsia Tidak Beretika
Sampaikan ke semua tenaga kerja Indonesia terutama
yang bekerja di MALINGSIA agar

1. Tidak memberikan resep makanan Asli Indonesia ke
Orang orang MALINGSIA.

2.Jangan menyumbangkan tarian atau apapun yang berbau
budaya asli Indonesia pada orang MALINGSIA.

3. Jangan bermain musik Tradisional Indonesia Pada
Orang MALINGSIA.

Kita semua telah tau bahwa Negara satu itu adalah
NEGARA TAK BERETIKA, NEGARA PLAGIAT MURNI
Negara tanpa kreativitas, tak mau dan tak mampu
menciptakan karya,

Jadi mulai saat ini sebaiknya kita berhati hati menyajikan
sesuatu yang asli budaya Indonesia pada negara MALINGSIA
dan mari sejak sekarang sebut negara itu dengan sebutan
MALINGSIA bukan MALAYSIA,

Berapa banyak budaya Indonesia direbut?
Masih tegakah budaya kita di Maling?

Bukan sekadar itu.
Kini apakah membakar bendera Malaysia oleh pelajar I
ndonesia sebagai perbuatan biasa?

Selain itu, siapa ajar pelajar berkenaan untuk bertindak
kurang ajar dengan menyerang Kedutaan Malaysia
dengan telur busuk.

Jika benar Malaysia menciplak lagu Terang Bulan, kenapa
sekarang baru bantah?
Kenapa ketika konfrontasi Indonesia-Malaysia,
isu bendera ini tidak ditimbulkan?

Pemerintah Indonesia jangan pandang ringan perbuatan
seperti ini.
Bagaimana pula kalau pelajar Malaysia bertindak balas.
Nasib baik pelajar Malaysia tidak ‘gila’ dan tidak siuman
seperti pelajar Indonesia berkenaan.

Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih
120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu
Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya
dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia.

Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said,
Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk
perasaan dihalang atau ditahan.

Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar
cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang
bendera Indonesia.

Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik
cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis
akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang
bendera di pagar kedutaan.

Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa
perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi
terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali
dalam promosi pelancongan Malaysia.

Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu
mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan
bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku,
ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk
mempromosi satu rancangan televisyen mengenai
Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan
agensi kerajaan Malaysia,

sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk
memarahi Malaysia.

Akan berakhir atau semakin panaskah gerakan
anti-Malaysia dan membenci Malaysia ini?

No comments:

Post a Comment